Isnin, 27 Julai 2009

pejam..celik..pejam..celik...





'Qobiltu nikahhaha 3ala kitabillahi wasunnati rasulillah wa3la mahrinn musamma bainana' dengan suara yang tenang, terpancul lancar ucapan keramat itu dr mulut suamiku...maka bermulalah episod baru hari-hari dalam hidupku... (^_^)



ALHAMDULILLAH...SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI MUHAMMAD SOLLAHUALAIHIWASSALAM...

SELAMAT DIIJAB KABUL 29 JAMADILAKHIR 1430 (22JUN2009)...
TEMPAT:Kedutaan Besar Malaysia Kaherah

KENDURI BERSAMA SAHABAT2 DI BUMI ANBIYA 29 JUN 2009...
TEMPAT:Imaroh Malizi, mauaf dirosat mansurah

~jazakumullahullahukhairan kathiran kepada sahabat-sahabat yg bertungkus lumus membantu dlm ape jua bentuk bantuan terutama sahabat baik ana nurul akma rahmah rahmat dan suami, k,anis dan suami.. xlupa adk kodok..norzakiah muhammad, farah, faezah, nadia( x-hafiz), farhana,aja n fety(ahlibet syuhada'), aja zul(wat kad jemputan comei),kak lang (sweet touch!!)kak aminah yg kirim buah tgn dr mesia...tukang2 masak k.nihlah(merangkap hiasan bilik)~,k.sya(makanan ke safaroh) n ust saiful bahri (special *ayam madu), ina,bakyah, k.sa..ahli bet aqlima,atiqah n pasangan isya n rashidi( bg tumpang uma) semua adhock2 n ajk2 dri pihak ikhwah(shoubro) n akhowat(mansoura), sahabat2 x-SMUDA...barokallahufikum...moga ALLAH TAALA memudahkan segala urusan kalian kelak...lebih2 ganjaran diakhirat kelak...

~jazakumullahukhiran jaza' wat jemputan khas dr TONTO, SHOUBRO n MANSOURA...UBMM,DPMM dan sahabat2 yang hadir...(^_^)!!!

Jumaat, 19 Jun 2009

makin hampir saat itu

Bismillahirrohmanirrohim...
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...

tiba2 mlm ini rindu kembali bertandang untuk menjenguk laman ini, sekian lama xberkesempatan untuku mencoret sesuatu yang kurasakan amat berharga dalam ^_^ hidupku...

segalanya berakhir dgn baik sekali, kelas bersama syekh hussin juga telah tamat, sahabat2 yang ingin pulang ke tanahair makin berseri2 terpancar diwajah masing2, rindu yang xkeruan membuatkan syekh seolah2 faham..sedia menghabiskan semadah demi semadah untuk bekalan akan datang...kena wat yg terbaik lerr...insyallah...

kebiasaanya menanti hari bahagia, si ayah dan sanak saudaralah yang paling sibuk sekali membuat persedian untuk si anak yang akan dilepaskan, supaya segalanya berjalan dengan lancar...sang ibu pula,tidak henti2 memberi mutiara berhikmah untuk puteri yang akan bertukar ketaatan kepada insan yang asing dlm hidupnya...tidak kurang juga yang sering mengusik bakal permaisuri sehari sehingga tersipu malu walaupun hakikatnya tiada siapa yang mengerti hakikat debaran yang dialami...riuh suara sanak saudara menanti saat bahagia itu...huhuhu~~

tapi situasi yang indah ini tidak berlaku dlm hidupku, kerana ketetapan ALLAH untukku itu, jauh lebih bermakna...segala persediaan dikongsi bersama dengan sahabat2 seperjuangan...dari mula mengisi borang nikah, sehinggalah majlis itu akan tiba, jua turut diraikan bersama sahabat2 ini...sahabat2 disini...yang sebelum ini berkongsi airmata menempuh pahit maung dalam menuntut ilmu kini berkongsi airmata kegembiraan.

caya xcayalah...pelbagai dugaan ditempuhi dgn sabar...dgn ini baruku mengerti hakikat YAKIN dan TAWAKAL yang dijanjikan ALLAH untuk hamba2nya itu adalah sesuatu yang indah dari permata...golongkan hambamu ini dalam golongan org yang bersyukur...amin...

tanggal 22hb jun ini adalah hari yang kami nanti2kan...segalanya akan bermula detik itu, sunnguh hebat parjalanan hidupku ini....dengan hanya lafaz yang agung, insan kerdil ini dimiliki...keredhoan dan keampuanan MU amatku harapkan amatku tagihkan...kabulkan doa2 kami yaALLAH...

Isnin, 25 Mei 2009

""aku menyintaimu krn agama yang ada padamu,jika hilangnya agama pada dirimu,maka hilanglah cintaku padamu..." -Imam Nawawi"





MISI MEMBURU MUMTAZ SYAHADAH 09/10



BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM....

ALLAHU AKBARR!!!

Bergema lagi teriakan hati yang kini bersiap sedia untuk bertempur!!! fi sabilillah, insyallah...seusai 3minggu menghabiskan 'rehat' selepas berhempas pulas xm thn 2 qiraat, kini kelas tambahan untuk persediaan syahadah sudah pun bermula...dgn langkahan baru yg datang dengan berbagai perasaan, terpaksa dihayunkan, bahang 'syahadah' mula berbaur disetiap sanubari mula menular saliran darah yang mengalir ke tubuh badan....mudahkan jgn KAU susahkan..amin...

Diakhir muhadoroh satu2nya syekh yang sudi berkhidmat kepada kami pelajar-pelajar qiraat mansoura, Sheikh Husein Muhammad Muhammad Al-Asyari berpesan....

...1..."muzakarohlah dari sekarang!"
...2..."ijtihad dari sekarang!"
...3..."jangan banyak main dah!"
...4..."setiap hari muzakaroh!"
...5..."kamu nak buat apa, buatlah...nak pergi jaulah ke, kaherah ke..if3al kama tuhibb,lakin..tp jgn tinggal muzakaroh!!setiap hari, wajib!!!

tertelan airliur jap...dri UPSR, PMR, SPM, STAM & DIPLOMA xm...perasan ni juga la yang datang!!! sekali sekala mak ada juga sindir..."apa nak ditakutkan, dari kecik lg xm2 ni..." he3...
klu xnak takut tu datang...sedia kelengkapan tu awal2 lagi...bermula dari sekarang...
ni, bukan xtau...menyesal banyak kali da...erm... bermulalah dari hari ini, aku..kau..kita semua berjanji pada diri, amanah pada ALLAH, kita akan buat bersedia lebih awal!!! sejarah itu indah, sbb dia mengajar erti kesakitan semalam...insyallah...tolonglah kami3x.. yaALLAH...amin...

Ahad, 24 Mei 2009

::aku terima nikahnya~~


“Hamba terima nikahnya dengan mas kahwin RM 84 tunai.”

Lafaz itu sungguh luar biasa. Sebaik saja ia dilafazkan automatik hatiku diselubungi rasa cinta dan ia kian bergelora, tak dapat kugambarkan dengan kata-kata. Mungkin inilah pertemuan barakah yang Allah S.W.T. janjikan buat ikatan yang terpelihara. Ajaran Islam sangat indah dan apabila dipraktikkan melahirkan sesuatu yang indah pula.

Usai solat sunat pengantin baru bersama-sama, aku menyalaminya. Bergetar hebat seluruh jiwa saat pertama kali dahiku dikucup suami. Indahnya, subhanAllah! Pasti takkan kunikmati getaran seindah ini andai telah terbiasa bersentuhan sebelum nikah lagi. Indahnya syariat Allah yang mengatur kehidupan.

Hari kedua bermula ceria. Bagaikan sudah lama mengenalinya, walaupun perasaan malu masih bersisa. Banyak cerita yang ingin dikongsi bersama. Maklumlah sebelum kahwin tak pernah saling berbicara. Berkatnya sangat terasa. Andai sudah biasa berbual-bual sebelum berkahwin lagi sudah tentu tak dapat merasai nikmat sebegini, berbual mesra dengan si dia yang halal untuk kucintai.

Kami kemudiannya singgah di sebuah pantai peranginan yang dilatari pemandangan indah ciptaan yang Maha Pencipta. Indahnya menikmati ‘dating’ cinta di sana. Mm, kalaulah sudah biasa dating sebelum kahwin, pasti tiada perasaan luar biasa sebegini rupa. Begini berkatnya jika batasan syariat sama-sama dijaga, besar sekali peranannya dalam membuahkan cinta dalam rumah tangga.

“Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya.” (Al-A’raf 7:189)

Hairan melihat pasangan yang asyik bertelagah ketika bercinta tetapi akhirnya tekad untuk berumahtangga. Apabila berkahwin gaduhnya lebih besar dan isterilah yang selalunya menjadi mangsa. Setiap hari makan hati berulam jantung. Tak kurang juga yang bercerai walau baru setahun jagung berumahtanga.

Apabila muhasabah, rupa-rupanya jalan yang dilalui bercampur aduk antara yang halal dan yang haram. Kurang sensitif dengan perkara-perkara yang boleh melalaikan hati daripada hubungan dengan Allah S.W.T., redhanya lebih diutamakan dari redha-Nya.

Oleh itu, bagi yang belum berkahwin, usahlah cemari rumahtanggamu dengan maksiat. Sebelum berkahwin, jodoh untukmu adalah pilihan. Pilihan tentang susuk peribadi dan akhlak yang akan mendampingimu. Nama si dia telah pun tercatat di Luh Mahfuz untukmu, namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Allah akan menjadikannya kufu pada kebiasaannya. Namun, tidak semua. Mungkin ujian untuk menguji ketaqwaan insan terpilih. Jadi jika impikan yang soleh, soleh dan solehahkanlah dirimu!

“Ya Tuhan, tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku dapat beramal soleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada keturunanku. Seungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

Isnin, 18 Mei 2009

::PEMIMPIN AGUNG YG DIRINDUI::



Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s.. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu? '


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Sabtu, 16 Mei 2009

semuanya dari TUHAN...



~By time! Verily man is in state of loss, except those who believe and do good works, and exhort one another to truth and to patience.~ Al-'Asr (103) : 1-3

AMANAH ini...

pesan ustaz...
dia umpama sang kekasih yg mudah rajuk,
sekali ditinggalkan bisu,
selamanya mengundang sepi dalam diri,
menungkah arus merapati kekasih ini,
barukan jaga dari lena dan alpa,
barukan tergadah dari mimpi yang indah,
usah lafaz hanya dibibir,
usah janji jika mungkiri....

AMANAH ini...

bukan sekadar pujangga biasa,
bukan cantik hiasan dimata,
bukan lunak halwa telinga,
tapi gentar dihati ketika menerima,
keringat hujani KEKASIHNYA...
setia serikandi mendamaikan DIRINYA...

AMANAH ini...

kalam TUHAN yg tiada taranya,
walau sehuruf ada nilainya,
apatah lagi sebati dijiwa,
dimamah usia sudi bersama,
di sana juga kau laksana sakti sang raja,
andai tergelincir kau memberi daya...

AMANAH ini...

rapilah kembali...siagalah diri...
menangungnya pasti...AMANAH ini sentiasa dirindui...